Karangan Populer

Karangan Populer

Karangan Populer

Karangan Populer
Karangan Populer

 

Kebaikan Menjaga Alam Sekitar

Isu-isu yang berkaitan dengan alam sekitar kerap menjadi bahan perbincangan dalam surat kabar. Hal ini kerana alam sekitar negara kita sudah semakin tercemar. Pada pendapat saya, isu pencemaran alam sekitar ini tidak boleh dipandang ringan. Sebenarnya terdapat beberapa kebaikan menjaga alam sekitar.
Antara kebaikan menjaga alam sekitar ialah alam sekitar akan menjadi bersih. Oleh itu, semua lapisan masyarakat mestilah mengamalkan nilai-nilai murni supaya kebersihan alam sekitar dapat terus terjaga. Alam sekitar yang bersih membolehkan kita menikmati keindahan alam sekitar. Alam sekitar yang bersih juga akan memberikan ketenangan jiwa kepada kita.
Selain itu, alam sekitar yang dijaga dengan baik juga dapat mengelakkan
daripada berlakunya pencemaran alam sekitar. Terdapat beberapa pencemaran yang sering berlaku seperti pencemaran sungai dan pencemaran udara. Pencemaran alam sekitar yang berlaku akan mendatangkan pelbagai masalah kepada diri sendiri, orang awam dan pihak kerajaan. Oleh itu, jika ada pihak yang mencemarkan alam sekitar, aduan hendaklah dibuat segera kepada pihak berkuasa seperti Jabatan Alam Sekitar.

Jika kita menjaga alam sekitar dengan baik

pasti kita hidup dalam keadaan yang sihat dan gembira. Sesungguhnya, alam sekitar yang kotor boleh mendatangkan penyakit kepada kita kerana banyak binatang perusak suka tinggal di kawasan yang kotor. Antara binatang yang suka tinggal di tempat yang kotor ialah tikus, lipas dan nyamuk. Jika kita hidup dalam keadaan yang sihat, pasti kehidupan kita akan lebih bahagia dan gembira.
Di samping itu, alam sekitar yang bersih dapat memajukan sektor pelancongan negara. Sektor pelancongan negara amat penting kepada negara kerana sekiranya sektor pelancongan maju maka secara tidak langsung ekonomi negara juga akan turut maju. Sebagai contoh, apabila alam sekitar bersih dan cantik, pasti ramai pelancong akan datang ke negara kita. Kehadiran pelancong ini akan menambahkan pendapatan negara seterusnya dapat memajukan negara.
Alam sekitar yang bersih juga akan mengurangkan perbelanjaan kerajaan dalam membersihkan alam sekitar yang kotor. Projek membersihkan alam sekitar yang kotor memerlukan perbelanjaan yang banyak. Jika alam sekitar bersih, maka kerajaan boleh menggunakan wang tersebut untuk membina sekolah, dewan orang ramai dan kemudahan awam yang lain. Selain itu, kerajaan juga boleh menumpukan sepenuh usaha dan tenaga ke arah pembangunan negara.
Sebagai kesimpulan, terdapat beberapa kebaikan menjaga alam sekitar agar sentiasa bersih dan ceria. Alam sekitar yang kotor akan mendatangkan kesan negatif kepada negara. Pada pendapat saya, semua pihak mesti memainkan peranan dalam menjaga kebersihan alam sekitar. Sesungguhnya, alam sekitar yang bersih dan ceria akan menjadikan Indonesia bertambah makmur dan maju.
Baca Juga :